Sukacita dimaklumkan pihak AKK, ISN akan membuka beberapa siri Kursus Sains Sukan Tahap I secara atas talian pada bulan Ogos 2021. Bagi mana-mana individu yang berminat, boleh mendaftarkan diri anda melalui laman sesawang AKK, ISN.
Kursus-kursus Sains Sukan Tahap I yang akan dianjurkan adalah seperti berikut:
1. KURSUS SAINS SUKAN TAHAP I ANJURAN AKK, ISN
Tarikh: 2-6 Ogos 2021
Yuran: RM150.00
TERBUKA KEPADA SEMUA (LELAKI & WANITA)
2. KURSUS SAINS SUKAN TAHAP I ANJURAN PROGRAM WOMEN CAN COACH
Tarikh: 16-20 Ogos 2021
Yuran Kursus: RM150.00
TERBUKA KEPADA WANITA SAHAJA
Pendaftaran akan dibuka mulai 16 Julai 2021 pada jam 9.00 Pagi secara atas talian melalui laman sesawang rasmi AKK. Bagi mana-mana individu yang berminat, sila pastikan anda bersedia untuk melakukan pendaftaran pada ketetapan berikut. Pendaftaran kursus akan ditutup secara automatik apabila kuota kursus telah mencapai had maksimum iaitu 60 orang peserta setiap kursus.
Para peserta hendaklah mendaftarkan diri sebagai pengguna laman sesawang AKK sebelum mendaftar diri untuk menyertai kursus. Bagi rujukan tatacara semasa kursus berlangung, para pengguna boleh merujuk Tatacara Pelaksanaan dan Penganjuran Kursus Sains Sukan Secara Atas Talian.
Syarat dan kelayakan permohonan kursus:
https://coachingacademy.isn.gov.my/programme/sports-science-course/1?fbclid=IwAR2ImUoJYP7-QMcWjyBlSiYnc8a3FvvI_tkps2ncpWVnKMyKAKIZlbg-l5o atau klik di sini
Sebelum melakukan pendaftaran dan pembayaran kursus, sila pastikan anda mempunyai capaian internet yang laju serta laptop/desktop pc yang mempunyai kamera & audio yang berfungsi dengan baik.
Sebarang maklumat lanjut, sila layari laman sesawang dan sosial rasmi AKK, ISN.
#TeamAKK #TeamISN #TeamKBS
No comments:
Post a Comment